MIMAR KOCA SINAN ( Arkitek Terulung Sinan ) dilahirkan pada tahun 1489 di Agirnaz, Turki dan meninggal dunia pada tahun 1588 di Istanbul, Turki.
Kisah hidup Sinan memaparkan kegigihannya membangun kehidupan baru dalam sinar kebenaran. Berasal dari keluarga pengukir miskin yang beragama Kristian, Sinan bercita-cita untuk menyertai tentera elit kerajaan Uthmaniah setelah melihat kehebatan anggota tentera itu sewaktu memasuki kampungnya.
Kejayaannya dalam pembinaan jambatan sewaktu kempen ketenteraan Uthmaniah telah merubah kehidupannya apabila dia dilantik sebagai Arkitek Diraja dan diberi segala bentuk kemewahan.
Namun sinar kebenaran agama suci yang dianuti membendung dirinya daripada bersikap bongkak dan angkuh menerusi senibinanya.
Sumbangan utama tokoh ini dalam bidang senibina. Tokoh yang digelar arkitek diraja ini telah berjaya membina sebanyak 360 binaan termasuk masjid, sekolah, muzium, istana, maka, jambatan dan pelbagai lagi dalam tempoh 50 tahun.
Rakaman tokoh ini dilakukan di Turki. Ketokohan Mimar Sinan diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain (Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia) yang menerangkan konsep senibina Masjid Sulaimaniyye dari segi pencahayaan dan akuistik. Sementara Prof. Dr. Metin Sozen (Fakulti Senibina, Universiti Mimar Sinan, Istanbul Turki) menerangkan teori Mimar Sinan dalam pengukuhan
No comments:
Post a Comment