Thursday, March 8, 2007


ILMUWAN ISLAM - AL-IDRISI AL-IDRISI
( Abu Abdullah Mohammed Ibn al-Sharif al-Idrisi ) dilahirkan pada tahun 1099 masihi di Ceuta, Sepanyol dan meninggal dunia pada tahun 1166 masihi.
Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan bebola perak seberat 400 paun untuk Raja Roger II, lengkap dengan membahagikan dunia kepada 7 iklim, laluan perdagangan, teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit dan lembah serta gunung-ganang. Beliau juga mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat.

Tokoh Geografi kurun ke-12 ini kemudiannya menghasilkan buku Nuzhah al Musytaq fi Ishtiraq al Afaq (Kenikmatan pada Keinginan Untuk Menjelajah Iklim) atau Roger's Book iaitu sebuah ensaiklopedia geografi yang mengandungi peta dan informasi tentang negara Eropah, Afrika dan Asia. Mencatatkan perihal masyarakat, budaya, kerajaan dan cuaca negara-negara yang terdapat di dalam petanya. Beliau turut menggunakan semula garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan sebelumnya dalam peta yang dihasilkan. Beberapa abad lamanya, Eropah menggunakan peta Al Idrisi dan turut menggunakan hasil kerja ilmuwan ini ialah Christopher Columbus.

Rakaman mengenai tokoh ini dilakukan di Sepanyol, Morocco dan Sicily. Ketokohan Al-Idrisi diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Prof. Madya Hj. Mustapha Kamal Idris (Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Sastera, Universiti Malaya) yang menggunakan perisian Al-Idrisi sebagai perisian utama untuk menghasilkan peta. Sementara Prof. Dr. Achaaban Ahmad (Fakulti Sains Sosial, Universiti Hassan II, Casablanca, Morocco) menerangkan rahsia peta Al-Idrisi yang dilakarkan secara terbalik.

No comments: