Dr Ibrahim Shaikh email: info@fstc.co.uk
Al-Zahrawi dilahirkan di satu bandar berhampiran Cordoba pada 936M, adalah salah seorang daripada pakar bedah terulung di zamannya. Ensiklopedia hasil tulisan beliau telah dijadikan standard rujukan bidang pembedahan di semua universiti Eropah selama lebih 500 tahun. Ahli-ahli sains islam, Ibnu Sina, al-Razi, dan al-Zahrawi (nama penuhnya Zahrawi Abul-Qasim) adalah pelopor2 terawal bidang perubatan islam.
Mereka telah berjaya menyumbangkan khazanah2 berharga pada bidang perubatan yang mana pada hari ini masih dianggap sebagai rujukan awal yang amat penting untuk bidang perubatan khususnya dan sains umumnya. Al Zahrawi Abul Qasim Khalaf ibnu Abbas dilahirkan di Madinatul Zahra berhampiran Kota Cordoba pada zaman kerajaan islam di Andalus (Sepanyol) sekitar tahun 936M. Beliau meninggal dunia pada tahun 1013M berumur 77 tahun. Beliau adalah dari keturunan Ansar Madinatul Munawwarah yang berhijrah ke Andalus. Sumbangan besarnya kepada bidang perubatan ialah ensiklopedia perubatannya “’at-Tasrif li-man ajiza an Al-talif” yang mempunyai 30 jilid.
Ensiklopedia ini disempurnakan pada tahun 1000M yang berhasil daripada pendidikan dan pengalamannya dalam perubatan selama 50 tahun. Beliau menulis di akhir kitabnya: “Segala yang ku ketahui, adalah dari pembacaan kitab-kitab dahulu, dan dari keinginanku untuk memahaminya dan melaksanakan pengetahuan sains ini; kemudian aku lengkapi dengan pemerhatian dan pengalaman dari seluruh hidupku” Al-Zahrawi At-Tasrif adalah sebuah ilustrasi pengamalan perubatan dan pembedahan.
Sebagai sebuah ensiklopedia setebal 1500 halaman, ia membuktikan al Zahrawi bukan hanya seorang ilmuan perubatan malah adalah seorang pakar yang mempraktikkan pengetahuan perubatan dan pembedahannya. Ia mempengaruhi dan memajukan bidang pembedahan Eropah. At-Tasrif memuatkan 30 bab dan ditujukan kepada pelajar-pelajar perubatan dan juga doktor-doktor yang mana ia menjadi ‘teman’ dalam pelbagai situasi masalah kerana ia mengandungi jawapan dan penyelesaian-penyelesaian klinikal yang banyak.
As-Tasrif mengandungi gambar-gambar peralatan pembedahan terawal di dalam sejarah, lebih kurang 200 gambarajah peralatan pembedahan dipapar dan dijelaskan di dalamnya. Di setengah-setengah tempat, cara penggunaan peralatan tersebut dan prosedur pembedahan yang menggunakannya turut dimuatkan. Bab 1 dan 2 telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai “Liber Theoricae”, yang mana dicetak di Augusburg pada 1519.
Di dalam bab-bab ini, al-Zahrawi memperjelaskan 325 jenis penyakit dan turut membincangkan simptom-simptom dan rawatan-rawatan yang diperlukan. Dalam folio 145, beliau menjelaskan untuk kali pertama didalam sejarah perubatan satu penyakit baka yang dibawa oleh ibu-ibu yang tidak menunjukkan simptom tetapi menyebabkan anak-anak lelaki mereka dijangkiti penyakit tersebut. Kini, ia dipanggil hemophilia. Bab 28 menceritakan tentang perihal ubat-ubatan (farmasi) dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin seawal tahun 1288M dan diberi tajuk “Liber Servitoris”.
No comments:
Post a Comment