Pengasas ilmu Sosiologi dan tokoh sejarawan kurun ke-14 ini melalui karya agungnya mencatatkan penemuan baru dalam fenomena sosial manusia yang disebabkan oleh hukum tertentu, mengaitkan perubahan sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah, makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka.
Beliau membuat teori bahawa : purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Bermakna purata usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula dibahagikan kepada empat tahap iaitu primitif, pemilikan, beradab dan kemakmuran serta yang terakhir tahap kelemahan, kerosakan akhlak dan kemunduran.
Rakaman mengenai tokoh ini dilakukan di Sepanyol dan Tunisia. Ketokohan Ibn Khaldun diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Ust. Uthman El Muhammady (International Institute of Islamic Thought And Civilization (ISTAC) yang mendedahkan pelaksanaan dan perancangan bandar masa kini berdasarkan kitab Muqaddimah. Sementara Prof. Dr. Khaled Ramdhane (Sociology Institut, National Du Patrimoine Tunisia) mengupas lanjut kehidupan Ibn Khaldun ketika menuntut Ilmu.
Turut dipaparkan latarbelakang kehidupan Ibn Khaldun ketika zaman kanak-kanak di Tunisia.
No comments:
Post a Comment