Thursday, March 8, 2007

Ibnu Al - Baithar


Abu Muhammad 'Abd Allah Ibn Ahmad Al-Maliqi Al-Nabati atau Ibn Baitar dilahirkan di Benalmadena, Malaga, Sepanyol pada tahun 1197 masihi dan meninggal dunia di Damascus, Syria pada tahun 1248 masihi.

Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan ensaiklopedia mengenai tumbuhan perubatan . Al Jami' fil Adawiyyah al Mafradah (Penyediaan Ringkas Ubat dan Makanan) mengandungi cara-cara penyediaan ubat berasaskan tumbuhan dan disusun mengikut urutan abjad .

Ibn Baitar turut menyenaraikan 200 tumbuhan yang tidak dikenali sebelumnya . Pendekatan beliau menjadi asas kepada kaedah mengklasifikasikan jenis tumbuh-tumbuhan yang diamalkan sehingga kini.

Ketokohan Ibn Baitar diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Prof. Dr. Maria Ana Cabo Gonzales (Kajian Tamadun Arab Dan Islam, Univesiti Seville, Sepanyol) yang mengkaji manuskrip beliau. Sementara Prof. Dr. Zoubida Charrouf (Jabatan kimia, Fakuliti Sains, Universiti Muhammmad V, Rabat, Morrocco) melakukan ujian makmal ke atas sejenis tumbuhan dari Afrika Utara yang tercatat di dalam ensaiklopedia Ibn Baitar. Prof. Dr. Md Nordin Lajis (Institut Bio-sains, Universiti Putra Malaysia) pula mengiktiraf Ibn Baitar sebagai pengasas disiplin ilmu botani dan farmakologi moden.

Turut dipaparkan latarbelakang kehidupan Ibn Baitar ketika zaman kanak-kanak serta pengembaraan beliau dalam menuntut ilmu botani dari Sepanyol ke Itali dan Afrika Utara

Ibnu Al - Nafis


Ibnu Al-Nafis merupakan sarjana pertama yang berjaya menjelaskan bahawa darah dibersihkan di dalam paru-paru di mana ia disuling tatkala bertemu dengan udara yang disedut dari luar. Ibnu Al-Nafis telah menemui sistem edaran darah dalam tubuh manusia.

Beliau juga merupakan sarjana pertama yang melakar dan menjelaskan mengenai prinsip asas peredaran darah dalam paru-paru. Beliau mendahului Sir William Harvey dari Kent, England 300 tahun.

Beliau juga merupakan sarjana pertama menyedari kesilapan teori Galen zaman Greek tentang "Saluran yang hilang di antara dua saluran darah ke paru-paru."

Ibnu Khaldun


Pengasas ilmu Sosiologi dan tokoh sejarawan kurun ke-14 ini melalui karya agungnya mencatatkan penemuan baru dalam fenomena sosial manusia yang disebabkan oleh hukum tertentu, mengaitkan perubahan sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah, makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka.

Beliau membuat teori bahawa : purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Bermakna purata usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula dibahagikan kepada empat tahap iaitu primitif, pemilikan, beradab dan kemakmuran serta yang terakhir tahap kelemahan, kerosakan akhlak dan kemunduran.

Rakaman mengenai tokoh ini dilakukan di Sepanyol dan Tunisia. Ketokohan Ibn Khaldun diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Ust. Uthman El Muhammady (International Institute of Islamic Thought And Civilization (ISTAC) yang mendedahkan pelaksanaan dan perancangan bandar masa kini berdasarkan kitab Muqaddimah. Sementara Prof. Dr. Khaled Ramdhane (Sociology Institut, National Du Patrimoine Tunisia) mengupas lanjut kehidupan Ibn Khaldun ketika menuntut Ilmu.

Turut dipaparkan latarbelakang kehidupan Ibn Khaldun ketika zaman kanak-kanak di Tunisia.

Ibnu Sina


Ensiklopedia Perubatan Al Qanun Fit Tibb karangan Ibnu Sina sehingga penghujung abad ke 15 masih diulang cetak dalam 15 edisi Latin dan menjadi buku rujukan asas di universiti-universiti di Eropah lebih lama dari mana-mana buku perubatan yang ditulis oleh pakar perubatan.

Ia bermula daripada keinginan untuk menyelami rahsia Al-Quran yang menyebut tentang apa yang terkandung dalam tubuh manusia. "Dalam jasad manusia ada seketul daging, jika rosak daging itu, rosaklah seluruh anggota badan; jika baik daging itu, baiklah seluruh badan; daging itu adalah "Kalbu."

Kebanyakan ulama Usuluddin mentafsirkan "Kalbu" itu adalah hati dan hati ini dikaitkan dengan "penyakit hati" seperti hasad dan dengki. Tetapi Ibnu Sina melangkah setapak mentafsirkannya dari sudut fizikal manusia.

Bagi Ibnu Sina, melihat "Kalbu" itu sebagai "Jantung" kerana kesihatan jantung mempengaruhi seluruh badan manusia. Jantung ini pula dipengaruhi oleh gaya pemakanan manusia.

Al - Jazari


Kitab fi Ma'rifat Al-Hiyal Al Handasiya (The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices) oleh Al-Jazari menjadi asas kepada peralihan penggunaan alat traditional kepada mesin yang tidak lagi bergantung kepada pengunaan gunatenaga manusia dan binatang.

Beliau menjelaskan 50 peralatan mekanikal dalam 6 kategori.
Antaranya:
Jam air
Alat pembasuh kain (mesin wadu)
Roda pengangkut air
Eropah hanya menerima teknologi ini melalui Syria dan Kerajaan Islam Sepanyol

Mimar Sinan


MIMAR KOCA SINAN ( Arkitek Terulung Sinan ) dilahirkan pada tahun 1489 di Agirnaz, Turki dan meninggal dunia pada tahun 1588 di Istanbul, Turki.

Kisah hidup Sinan memaparkan kegigihannya membangun kehidupan baru dalam sinar kebenaran. Berasal dari keluarga pengukir miskin yang beragama Kristian, Sinan bercita-cita untuk menyertai tentera elit kerajaan Uthmaniah setelah melihat kehebatan anggota tentera itu sewaktu memasuki kampungnya.

Kejayaannya dalam pembinaan jambatan sewaktu kempen ketenteraan Uthmaniah telah merubah kehidupannya apabila dia dilantik sebagai Arkitek Diraja dan diberi segala bentuk kemewahan.

Namun sinar kebenaran agama suci yang dianuti membendung dirinya daripada bersikap bongkak dan angkuh menerusi senibinanya.

Sumbangan utama tokoh ini dalam bidang senibina. Tokoh yang digelar arkitek diraja ini telah berjaya membina sebanyak 360 binaan termasuk masjid, sekolah, muzium, istana, maka, jambatan dan pelbagai lagi dalam tempoh 50 tahun.

Rakaman tokoh ini dilakukan di Turki. Ketokohan Mimar Sinan diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain (Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia) yang menerangkan konsep senibina Masjid Sulaimaniyye dari segi pencahayaan dan akuistik. Sementara Prof. Dr. Metin Sozen (Fakulti Senibina, Universiti Mimar Sinan, Istanbul Turki) menerangkan teori Mimar Sinan dalam pengukuhan

Jabir Hayyan


Jabir Hayyan merupakan pengasas kaedah penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan serta mencipta peralatan bagi tujuan tersebut.
Menerusi proses penyulingannya dia telah menghasilkan asid nitrik, satu dari asid penting dalam industri kimia hari ini.
Catatan kimianya telah diterjemah ke dalam bahasa Latin dan Eropah serta mempengaruhi perkembangan kimia moden.

Banyak istilah kimia Jabir kekal digunakan di Eropah seperti alkali, antimony, alembic (anbique), eludel, alchemy dan lain-lain.

CHENG HO

Cheng Ho (1405-1433) telah berjaya menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Barat dari benua Asia sehinggalah ke Afrika serta berlabuh di 30 buah negara. Kejayaan tokoh ini membuktikan negara China mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknologi pembinaan kapal dan pelayaran.

Pelayar kurun ke-15 Dinasti Ming, dijadikan sida-sida putera Zhu Di pada umur 13 tahun dan merupakan sida-sida pertama menjawat jawatan laksamana di China juga pegawai tertinggi tentera pertama beragama Islam. Cheng Ho merupakan pemimpin unggul mengetuai armada lebih 100 buah kapal bersama 27 ribu orang bawahan ke lautan barat mendahului Vasco Da Gama dan Christopher Colombus menemui laluan ke laut timur.

Kisah hidup Cheng Ho adalah perjuangan mencari kesempurnaan hidup menerusi Islam. Perjuangan menyempurnakan kecacatan hidupnya yang dikasi dan terpaksa menghambakan diri kepada Maharaja. Malah dia tidak berpeluang mengembangkan zuriatnya. Namun Cheng Ho tidak berputus asa dengan suratan hidupnya kerana dia berpegang kuat kepada ajaran Islam dan dia bercita-cita menunaikan ibadah haji sebagai penyempurna kehidupan beragamanya. Bagi mencapai matlamat tersebut, beliau perlu membuktikan kesetiaannya kepada Maharaja.

Rakaman mengenai tokoh ini dilakukan di China dan Oman. Ketokohan Cheng Ho diakui oleh Ilmuwan masa kini seperti En. Khamis Hj. Abas (Kurator Muzium Laksamana Cheng Ho, Melaka) yang mengumpul koleksi manuskrip dan replika kapal Cheng Ho. Sementara Prof. Dr. Wu Zong Yu (Jabatan Pengajian Bahasa Asing, Universiti Beijing, China) menerangkan kehidupan Cheng Ho dan kaedah berkomunikasi antara kapal dalam armada.

ILMUWAN ISLAM - AL-IDRISI AL-IDRISI
( Abu Abdullah Mohammed Ibn al-Sharif al-Idrisi ) dilahirkan pada tahun 1099 masihi di Ceuta, Sepanyol dan meninggal dunia pada tahun 1166 masihi.
Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan bebola perak seberat 400 paun untuk Raja Roger II, lengkap dengan membahagikan dunia kepada 7 iklim, laluan perdagangan, teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit dan lembah serta gunung-ganang. Beliau juga mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat.

Tokoh Geografi kurun ke-12 ini kemudiannya menghasilkan buku Nuzhah al Musytaq fi Ishtiraq al Afaq (Kenikmatan pada Keinginan Untuk Menjelajah Iklim) atau Roger's Book iaitu sebuah ensaiklopedia geografi yang mengandungi peta dan informasi tentang negara Eropah, Afrika dan Asia. Mencatatkan perihal masyarakat, budaya, kerajaan dan cuaca negara-negara yang terdapat di dalam petanya. Beliau turut menggunakan semula garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan sebelumnya dalam peta yang dihasilkan. Beberapa abad lamanya, Eropah menggunakan peta Al Idrisi dan turut menggunakan hasil kerja ilmuwan ini ialah Christopher Columbus.

Rakaman mengenai tokoh ini dilakukan di Sepanyol, Morocco dan Sicily. Ketokohan Al-Idrisi diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Prof. Madya Hj. Mustapha Kamal Idris (Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Sastera, Universiti Malaya) yang menggunakan perisian Al-Idrisi sebagai perisian utama untuk menghasilkan peta. Sementara Prof. Dr. Achaaban Ahmad (Fakulti Sains Sosial, Universiti Hassan II, Casablanca, Morocco) menerangkan rahsia peta Al-Idrisi yang dilakarkan secara terbalik.

Pakar Ilmu Falak/Geografi



AL-Kazwini dilahirkan sekitar tahun 600H/1200M di Kazwin, Parsi tetapi berketurunan Arab asli. Beliau berasal daripada keluarga Arab yang moyangnya ialah Sheikh Abu al-Kasim bin Hibat Allah al-Kazwini yang kemungkinan merupakan keturunan Anas bin Malik yang terkenal sebagai seorang ahli ilmu falak.

Di samping itu, beliau mempunyai keahlian dalam bidang lain misalnya geografi, astronomi, geologi, mineralogi, botani dan etnografi. Nama penuhnya ialah Zakariyya bin Muhammad bin Mahmud Abu Yahya al-Kazuini. Beliau meninggal dunia pada 682H/1283M.
Setelah menamatkan pengajian di kampung halaman, al-Kazwini berhijrah ke Baghdad dan menetap di Damsyik. Pada 630H/1233M, beliau bertemu dengan seorang ahli falsafah bernama Ibnu al-Arabi.

Selain itu, al-Kazwini juga melakukan perjalanan di Parsi dan mengunjungi Kota Jannaba. Menurut Ibnu Taghribirdi, al-Kazwini pernah menetap di Al-Wasit dan Al-Hilla untuk melaksanakan tugasnya sebagai kadi di bawah pemerintahan Khalifah al-Mu’tasim.
Apabila Baghdad diserang orangorang Mongol pada 656H/1258M, beliau kembali kepada kehidupan yang penuh intelektual di atas pentas keilmuan dan mencurahkan perhatian sepenuhnya pada aktiviti-aktiviti ilmiah.

Beliau merupakan penulis dua buah karya besar dalam bidang kosmografi dan geografi. Buku pertamanya bertajuk `Aja’ib al-Makhluqat wa Ghara’ib al-Mawjudat’ (Prodigies of Things and Mitaculous Aspects of Things Existing). Ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu mengulas tentang benda-benda yang tidak berkaitan dan berkaitan dengan bumi.

Dalam bahagian pertama, ia menggambarkan fenomena yang berhubung dengan langit seperti bulan, bintang, matahari, penghuni syurga, malaikat dan sebagainya. Pada bahagian terakhir, beliau menghuraikan masalah kronologi dan penanggalan-penanggalan Arab dan Syria. Bahagian kedua pula dimulai dengan bahasan mengenai empat elemen (tanah, air, api dan udara), meteor dan angin. Kemudian, beliau menggambarkan pembahagian bumi kepada tujuh iklim serta memberikan deskripsi tentang laut dan sungai. Buku tersebut merupakan eksposisi kosmografi yang sistematik dan sangat popular dalam dunia Islam.

Deskripsi tentang bumi dalam dalam buku berjudul, Atsar al-Bilad berdasarkan pembahagian Ptolemaic bahawa bumi terbahagi kepada iklim, kota-kota, negeri, gunung dan sungai. Dengan demikian karya buku geografi al-Kazwini mirip karya Mu’jam al-Buldan.
Asprisiasi yang tinggi membuatkan beberapa ilmuwan Arab moden sering menilainya dan membandingkannya dengan Herodotus dan Pliny. Dua buah buku besarnya, merupakan karya monumental dan terbukti digunakan oleh para ilmuwan lain seperti Syamsuddin ad-Dimasyki, Ahmad bin Hamdan al-Harrani, Hamdallah Kazwini, Ibnu al-Wardi dan Mahmud bin Said as-Safakusi.

Astronomi dan Islam


AL-KHAWARIZMI dilahirkan di Bukhara. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau dikenali juga sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorismmuncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara Inggeris pula dia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.
Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad kesembilan. Dalam bidang pendidikan terbukti bahawa beliau ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Beliau amat terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.
Beliau gemar bekerja dalam balai cerap untuk mendalami ilmu matematik dan astronomi serta pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.
Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah:
Sistem Nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. ‘Mufatih al-Ulum’ yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Diterbitkan pada 820M dan ia mengenai algebra.
Al-Jabr wa’l Muqabalah: Penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan algebra dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangannya dan telah digunakan pada zaman awal tamadun Islam.
Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.
Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.
Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja. Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi. Wiedmann pula menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan astronomi

Pakar bedah Islam


Di antara kesemua bab-bab at-Tasrif al-Zahrawi, bab 30, dalam tajuk pembedahan, muncul sebagai tulisannya yang paling masyhur dan setakat ini paling meluas sebarannya dan paling besar kesannya kepada bidang pembedahan. Diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard of Cremona (1114-1187) ia diulang cetak sekurang-kurangnya dalam 10 edisi yang diperbaiki dalam tahun 1497 hingga 1544M.
Edisi terakhir dicetak oleh John Channing di Oxford (1778M) yang mempunyai teks Arab dan Latin di muka surat sebelah menyebelah. Hampir keseluruhan penulis-penulis kitab perubatan Eropah dari abad ke-12 hingga ke-16 merujuk kepada pembedahan yang dilakukan al Zahrawi malah menirunya. Ini adalah termasuk Roger of Salerno (d. 1180), Guglielmo Salicefte (I201-1277), Lanfranchi (d. 1315), Henri de Mondeville (1260-1320), Mondinus of Bologna (1275-1326), Bruno of Calabria (1352), Guy de Chaulliac (1300-1368), Valescus of Taranta (1382-1417), Nicholas of Florence (d. 1411), Leonardo da Bertapagatie of Padua (d. 1460).

Kitab al Zahrawi yang telah diterjemah ke dalam bahasa latinhttp://www.konyvtar.elte.hu/kincseink/kezirat/kepek/n07.jpg Teks pembedahan al Zahrawi setebal 300 muka surat (bab 30, at-Tasrif) merupakan kitab pertama dalam saiz seperti ini yang ditujukan sepenuhnya untuk bidang pembedahan yang pada masa itu termasuk bidang pergigian dan pembedahan gigi.
Di dalam kitab ini, al Zahrawi membangunkan semua aspek pembedahan dan cabang-cabangnya, penyakit-penyakit oftalmologi- telinga hidung dan tekak, kepala dan leher, pembedahan umum, sakit puan (obstetrics and gynaecology), perubatan ketenteraan, urologi (sistem perkumuhan) dan ortopedik (tulang). Beliau membahagi bab ini kepada 3 bahagian; i) pengkauteran (56 bahagian) (cauterization- teknik pembakaran bahagian badan untuk merawat luka dsb) ii) pembedahan (97 bahagian) dan iii) ortopedik (tulang) (35 bahagian). Tidak hairanlah al Zahrawi telah berjaya menjadikan Eropah menggunakan bahasa Aran di dalam bidang perubatan, hingga kitabnya dikatakan “mencapai tahap tertinggi sebagai kitab perubatan ulung di Kristian Barat”.

al- Zahrawi dihormati sarjana Barat terdahulu dan sekarang Serefeddin Sabuncuoglu (1385-1468) adalah seorang pakar bedah yang tinggal di Amasia tengah Anatolia, Turki. Beliau menulis sebuah kitab perubatan “Cerrahiye-tul- Hanniyye” pada tahun 1460 ketika beliau berumur 80 tahun selepas berkhidmat sebagai ketua pakar bedah di Hospital Amasiya (Darussyifa’) selama bertahun-tahun. Kitabnya “Cerrahiye-tul- Hanniyye” di persembahkan kepada Sultan Mohammad al Fateh tetapi manuskrip asalnya hilang hinggalah kemunculannya pada tahun 1920an. Kitab ini adalah terjemahan kitab at-Tasrif karya al-Zahrawi tetapi ditambah lagi dengan pengalaman dan komen-komen menarik terhadap aplikasi pembedahan al-Zahrawi dan setiap prosedur pembedahan diilustrasikan di dalam kitab baru ini.
William Hunter (1717-1783) used Arabic manuscripts brought from Aleppo for his study on Aneurysm. In the University of Glasgow one can find a paper written under the title ‘William Hunter and his Arabic Interest’. There was also a chapter in Sir Charles lllingworth’s biography of William Hunter entitled " The story of William Hunter published from Edinburgh by E. S. Livingstone published in 1967. Chapter 9 page 58 was devoted on flavour of Arabic work of Albucasis which has been in his study and was obtained on his behalf from Aleppo in Syria an Arabic manuscript of al-Tasrif. William Hunter (1717-1783) menggunakan manuskrip Arab yang dibawa dari Aleppo untuk pengajiannya tentang Aneurysm. Di Universiti Glasgow, sebuah kertas kerja yang bertajuk “William Hunter and his Arabic Interest” boleh didapati.
Di dalam biografi William Hunter karya Sir Charles Illingworth juga terdapat satu bab bertajuk “The story of William Hunter” diterbitkan di Edinburgh oleh E. S. Livingstone pada 1967. Bab 9 muka surat 58 ditujukan untuk mengakui pengaruh Arab islam karya al-Zahrawi yang telah menjadi sebahagian daripada kaya Hunter sendiri yang didapatinya dari Aleppo, Syria sebuah manuskrip Arab at-Tasrif. Manuskrip tertua yang ditulis di England sekitar 1250M menurut British Medical Journal mempunyai fakta-fakta yang ‘mengejutkan’. Merujuk kepada siri-siri karya al Zahrawi:
“Peninggalan yang menarik ini mengandungi 89 helaian muka surat, ditulis dalam skrip gothic yang indah di dalam bahasa Latin. Karya ini mengandungi 6 wacana yang berbeda, di mana yang pertama iaitu yang paling penting ialah DE CHIRURGIA OF ALBU-MASIM (Al Zahrawi Abul Qasim). Ia meliputi 40 muka surat, 3 daripadanya telah hilang, ia mampu untuk diketengahkan sebagai teks perbuatan tertua yang masih wujud yang ditulis di England sendiri” Nova Vetera BMJ July 8, 1939 pp 80-81.

Kesimpulannya, “al-Zahrawi bukan sahaja salah seorang dari pakar bedah islam yang terulung tetapi juga seorang pakar pendidikan dan pakar sakit jiwa. Beliau menumpukan cukup banyak bahagian di dalam kitab at-Tasrifnya untuk pendidikan kanak-kanak dan kurikulum sekolah etika pemakanan di atas meja (table manner) dan pengkhususan akademik.” Professor S. Hamarneh (Health Sciences in Islam).
Di Bandar kelahirannya, Cordoba, sebatang jalan telah diberikan nama ‘al-Zahrawi’ sebagai memperingati jasa beliau. Bersebelahan sungai Wadi al Kabir di tepi Calla Hurra Museum, peralatan-peralatan ciptaannya di pamerkan sebagai satu lagi peringatan untuknya. Satu lagi penghormatan untuk beliau ialah 200 alat pembedahan ciptaanya di buat semula dengan emas oleh Professor Fuad Sezgin dan dipamerkan pada 1992 di Madrid Archaeological Museum dan di catalog El-Legado Scientifico Andalusi yang mempunyai banyak gambar-gambar berwarna berkualiti tinggi peralatan dan manuskrip al Zahrawi.
Hakim Saead dari Yayasan Hamdard, Karachi Pakistan mempunyai pameran tetap peralatan beda al Zahrawi yang dibuat daripada perak di perpustakaannya dan juga telah diterbitkan di dalam sebuah buku kecil berwarna. Professor Ahmed Dheib dari Tunis juga telah mengkaji peralatan bedah al Zahrawi dan membuatnya semula untuk dipamerkan di 36th International Congress for the History of Medicine yang diadakan di Bandar Tunis, Tunisia. Ahmed Dheib juga telah menerbitkan sebuah buku yang memaparkan ilustrasi semua peralatan bedah al Zahrawi secara terperinci di dalam 3 bahasa iaitu Perancis, Arab dan English dengan tajuk ‘Tools of Civilisation’

Islam mendahului zaman


Dr Ibrahim Shaikh email: info@fstc.co.uk
Al-Zahrawi dilahirkan di satu bandar berhampiran Cordoba pada 936M, adalah salah seorang daripada pakar bedah terulung di zamannya. Ensiklopedia hasil tulisan beliau telah dijadikan standard rujukan bidang pembedahan di semua universiti Eropah selama lebih 500 tahun. Ahli-ahli sains islam, Ibnu Sina, al-Razi, dan al-Zahrawi (nama penuhnya Zahrawi Abul-Qasim) adalah pelopor2 terawal bidang perubatan islam.
Mereka telah berjaya menyumbangkan khazanah2 berharga pada bidang perubatan yang mana pada hari ini masih dianggap sebagai rujukan awal yang amat penting untuk bidang perubatan khususnya dan sains umumnya. Al Zahrawi Abul Qasim Khalaf ibnu Abbas dilahirkan di Madinatul Zahra berhampiran Kota Cordoba pada zaman kerajaan islam di Andalus (Sepanyol) sekitar tahun 936M. Beliau meninggal dunia pada tahun 1013M berumur 77 tahun. Beliau adalah dari keturunan Ansar Madinatul Munawwarah yang berhijrah ke Andalus. Sumbangan besarnya kepada bidang perubatan ialah ensiklopedia perubatannya “’at-Tasrif li-man ajiza an Al-talif” yang mempunyai 30 jilid.
Ensiklopedia ini disempurnakan pada tahun 1000M yang berhasil daripada pendidikan dan pengalamannya dalam perubatan selama 50 tahun. Beliau menulis di akhir kitabnya: “Segala yang ku ketahui, adalah dari pembacaan kitab-kitab dahulu, dan dari keinginanku untuk memahaminya dan melaksanakan pengetahuan sains ini; kemudian aku lengkapi dengan pemerhatian dan pengalaman dari seluruh hidupku” Al-Zahrawi At-Tasrif adalah sebuah ilustrasi pengamalan perubatan dan pembedahan.
Sebagai sebuah ensiklopedia setebal 1500 halaman, ia membuktikan al Zahrawi bukan hanya seorang ilmuan perubatan malah adalah seorang pakar yang mempraktikkan pengetahuan perubatan dan pembedahannya. Ia mempengaruhi dan memajukan bidang pembedahan Eropah. At-Tasrif memuatkan 30 bab dan ditujukan kepada pelajar-pelajar perubatan dan juga doktor-doktor yang mana ia menjadi ‘teman’ dalam pelbagai situasi masalah kerana ia mengandungi jawapan dan penyelesaian-penyelesaian klinikal yang banyak.
As-Tasrif mengandungi gambar-gambar peralatan pembedahan terawal di dalam sejarah, lebih kurang 200 gambarajah peralatan pembedahan dipapar dan dijelaskan di dalamnya. Di setengah-setengah tempat, cara penggunaan peralatan tersebut dan prosedur pembedahan yang menggunakannya turut dimuatkan. Bab 1 dan 2 telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai “Liber Theoricae”, yang mana dicetak di Augusburg pada 1519.
Di dalam bab-bab ini, al-Zahrawi memperjelaskan 325 jenis penyakit dan turut membincangkan simptom-simptom dan rawatan-rawatan yang diperlukan. Dalam folio 145, beliau menjelaskan untuk kali pertama didalam sejarah perubatan satu penyakit baka yang dibawa oleh ibu-ibu yang tidak menunjukkan simptom tetapi menyebabkan anak-anak lelaki mereka dijangkiti penyakit tersebut. Kini, ia dipanggil hemophilia. Bab 28 menceritakan tentang perihal ubat-ubatan (farmasi) dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin seawal tahun 1288M dan diberi tajuk “Liber Servitoris”.