Thursday, March 8, 2007

Ibnu Al - Baithar


Abu Muhammad 'Abd Allah Ibn Ahmad Al-Maliqi Al-Nabati atau Ibn Baitar dilahirkan di Benalmadena, Malaga, Sepanyol pada tahun 1197 masihi dan meninggal dunia di Damascus, Syria pada tahun 1248 masihi.

Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan ensaiklopedia mengenai tumbuhan perubatan . Al Jami' fil Adawiyyah al Mafradah (Penyediaan Ringkas Ubat dan Makanan) mengandungi cara-cara penyediaan ubat berasaskan tumbuhan dan disusun mengikut urutan abjad .

Ibn Baitar turut menyenaraikan 200 tumbuhan yang tidak dikenali sebelumnya . Pendekatan beliau menjadi asas kepada kaedah mengklasifikasikan jenis tumbuh-tumbuhan yang diamalkan sehingga kini.

Ketokohan Ibn Baitar diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Prof. Dr. Maria Ana Cabo Gonzales (Kajian Tamadun Arab Dan Islam, Univesiti Seville, Sepanyol) yang mengkaji manuskrip beliau. Sementara Prof. Dr. Zoubida Charrouf (Jabatan kimia, Fakuliti Sains, Universiti Muhammmad V, Rabat, Morrocco) melakukan ujian makmal ke atas sejenis tumbuhan dari Afrika Utara yang tercatat di dalam ensaiklopedia Ibn Baitar. Prof. Dr. Md Nordin Lajis (Institut Bio-sains, Universiti Putra Malaysia) pula mengiktiraf Ibn Baitar sebagai pengasas disiplin ilmu botani dan farmakologi moden.

Turut dipaparkan latarbelakang kehidupan Ibn Baitar ketika zaman kanak-kanak serta pengembaraan beliau dalam menuntut ilmu botani dari Sepanyol ke Itali dan Afrika Utara

Ibnu Al - Nafis


Ibnu Al-Nafis merupakan sarjana pertama yang berjaya menjelaskan bahawa darah dibersihkan di dalam paru-paru di mana ia disuling tatkala bertemu dengan udara yang disedut dari luar. Ibnu Al-Nafis telah menemui sistem edaran darah dalam tubuh manusia.

Beliau juga merupakan sarjana pertama yang melakar dan menjelaskan mengenai prinsip asas peredaran darah dalam paru-paru. Beliau mendahului Sir William Harvey dari Kent, England 300 tahun.

Beliau juga merupakan sarjana pertama menyedari kesilapan teori Galen zaman Greek tentang "Saluran yang hilang di antara dua saluran darah ke paru-paru."

Ibnu Khaldun


Pengasas ilmu Sosiologi dan tokoh sejarawan kurun ke-14 ini melalui karya agungnya mencatatkan penemuan baru dalam fenomena sosial manusia yang disebabkan oleh hukum tertentu, mengaitkan perubahan sistem sosial antara masyarakat dengan faktor persekitaran seperti iklim, tanah, makanan, sumber galian, kemampuan berfikir, jiwa dan emosi mereka.

Beliau membuat teori bahawa : purata usia sesebuah negara bertahan dalam tiga generasi dan usia satu generasi bertahan selama 40 tahun. Bermakna purata usia sebuah negara 120 tahun. Usia tiga generasi pula dibahagikan kepada empat tahap iaitu primitif, pemilikan, beradab dan kemakmuran serta yang terakhir tahap kelemahan, kerosakan akhlak dan kemunduran.

Rakaman mengenai tokoh ini dilakukan di Sepanyol dan Tunisia. Ketokohan Ibn Khaldun diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Ust. Uthman El Muhammady (International Institute of Islamic Thought And Civilization (ISTAC) yang mendedahkan pelaksanaan dan perancangan bandar masa kini berdasarkan kitab Muqaddimah. Sementara Prof. Dr. Khaled Ramdhane (Sociology Institut, National Du Patrimoine Tunisia) mengupas lanjut kehidupan Ibn Khaldun ketika menuntut Ilmu.

Turut dipaparkan latarbelakang kehidupan Ibn Khaldun ketika zaman kanak-kanak di Tunisia.

Ibnu Sina


Ensiklopedia Perubatan Al Qanun Fit Tibb karangan Ibnu Sina sehingga penghujung abad ke 15 masih diulang cetak dalam 15 edisi Latin dan menjadi buku rujukan asas di universiti-universiti di Eropah lebih lama dari mana-mana buku perubatan yang ditulis oleh pakar perubatan.

Ia bermula daripada keinginan untuk menyelami rahsia Al-Quran yang menyebut tentang apa yang terkandung dalam tubuh manusia. "Dalam jasad manusia ada seketul daging, jika rosak daging itu, rosaklah seluruh anggota badan; jika baik daging itu, baiklah seluruh badan; daging itu adalah "Kalbu."

Kebanyakan ulama Usuluddin mentafsirkan "Kalbu" itu adalah hati dan hati ini dikaitkan dengan "penyakit hati" seperti hasad dan dengki. Tetapi Ibnu Sina melangkah setapak mentafsirkannya dari sudut fizikal manusia.

Bagi Ibnu Sina, melihat "Kalbu" itu sebagai "Jantung" kerana kesihatan jantung mempengaruhi seluruh badan manusia. Jantung ini pula dipengaruhi oleh gaya pemakanan manusia.

Al - Jazari


Kitab fi Ma'rifat Al-Hiyal Al Handasiya (The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices) oleh Al-Jazari menjadi asas kepada peralihan penggunaan alat traditional kepada mesin yang tidak lagi bergantung kepada pengunaan gunatenaga manusia dan binatang.

Beliau menjelaskan 50 peralatan mekanikal dalam 6 kategori.
Antaranya:
Jam air
Alat pembasuh kain (mesin wadu)
Roda pengangkut air
Eropah hanya menerima teknologi ini melalui Syria dan Kerajaan Islam Sepanyol

Mimar Sinan


MIMAR KOCA SINAN ( Arkitek Terulung Sinan ) dilahirkan pada tahun 1489 di Agirnaz, Turki dan meninggal dunia pada tahun 1588 di Istanbul, Turki.

Kisah hidup Sinan memaparkan kegigihannya membangun kehidupan baru dalam sinar kebenaran. Berasal dari keluarga pengukir miskin yang beragama Kristian, Sinan bercita-cita untuk menyertai tentera elit kerajaan Uthmaniah setelah melihat kehebatan anggota tentera itu sewaktu memasuki kampungnya.

Kejayaannya dalam pembinaan jambatan sewaktu kempen ketenteraan Uthmaniah telah merubah kehidupannya apabila dia dilantik sebagai Arkitek Diraja dan diberi segala bentuk kemewahan.

Namun sinar kebenaran agama suci yang dianuti membendung dirinya daripada bersikap bongkak dan angkuh menerusi senibinanya.

Sumbangan utama tokoh ini dalam bidang senibina. Tokoh yang digelar arkitek diraja ini telah berjaya membina sebanyak 360 binaan termasuk masjid, sekolah, muzium, istana, maka, jambatan dan pelbagai lagi dalam tempoh 50 tahun.

Rakaman tokoh ini dilakukan di Turki. Ketokohan Mimar Sinan diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain (Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia) yang menerangkan konsep senibina Masjid Sulaimaniyye dari segi pencahayaan dan akuistik. Sementara Prof. Dr. Metin Sozen (Fakulti Senibina, Universiti Mimar Sinan, Istanbul Turki) menerangkan teori Mimar Sinan dalam pengukuhan

Jabir Hayyan


Jabir Hayyan merupakan pengasas kaedah penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan serta mencipta peralatan bagi tujuan tersebut.
Menerusi proses penyulingannya dia telah menghasilkan asid nitrik, satu dari asid penting dalam industri kimia hari ini.
Catatan kimianya telah diterjemah ke dalam bahasa Latin dan Eropah serta mempengaruhi perkembangan kimia moden.

Banyak istilah kimia Jabir kekal digunakan di Eropah seperti alkali, antimony, alembic (anbique), eludel, alchemy dan lain-lain.